Wednesday, May 18, 2011

Ikatan antara ''KAWAN''

Salam, wahai insan yang membaca,
Tertulisnya catatan hanis kali ini adalah untuk menghilangkan kebosyanan yang memanjang yang sudah terjadi di blog HS.Memang xde idea macam mana dapat menghidupkan blog yang masih mentah ,(walaupun dah beberapa bln..).

Untuk entry kali ni, hanis nak sentuh pasal ikatan yang goyah dalam persahabatan. Mungkin perkara ni sangatlah common untuk dibincangkan tapi seandainya terjadi pada seseorang sangatlah pedih, perit, terluka dan mungkin hati someone itu akan cedera parah..

 Sebenarnya penting ke ikatan suci ni..Nama pun suci semestinya penting dan obviously benda suci ni payah n bukan mudah nak cari..Dapat seorang mutiara pun dah lebih dari cukup bagi seseorang..

Kadang-kadang kawan yang dah ada mungkin bukan kawan yang sebenar..tapi, kawan hanya pada nama. Sebagai contoh : Kawan yang hanya pada saat gembira, kawan yang berkawan hanya untuk kepentingan diri, kawan yang tikam belakang, kawan yang hipokrit, kawan yang .......bla bla bla trlalu panjang pula entry ni kalau nak list semua..n cerita kisah satu persatu pasal ''kawan''..


Jangan terkejut kalaulah, persahabatan yang dulu bagai seutas tali kerbau akhirnya jadi tali benang baju cotton yang dah lusuh. Kalau dulu,  mula2 jumpa, kawan anda ni baek la sesangat sampai anda pun rasa jackpot la i dpt jd kwn ngn dia. dhla baik, pandai lak tu, tambah ag dengan gaya dia yg well-mannered, sntiasa menachati la katakan.pendek kata rasa selamatla lau kawan ngn dia, lgpun lgpun die tu jugak orang yang paling dekat ngn kita, xkire la mase sedih ke happy ke nervous ke ape2 feeling lah,best friend forever n ever n ever after..Then, then tiba2 dia sebar-sebarkan gosip pasal anda, of course anda tak tahu dialah 'kepala' tapi mesti anda survey mulut siapakah dalang saat gosip @ jenayah fitnah ni brlaku..Dan tak lama selepas tu terbongkarlah rahsia (kononnya) kawan anda..reaksi anda?

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)

'' haish..bukan die, aku kenal lama dah dia,, xkan dia nak buat macam tu..mesti sapa2 yang niat nak pisahkan kitorang ni..''  memang optomistic sesangat fikiran macam ni..try buka kunci black mental anda, tanye kawan anda sendiri bukti yang anda ada pasal muka sebenarnya walau andalah yang paling rapat dengannya. Tapi, tapi belum sempat anda tanya dia, dia nachat anda balik supaya kurang2 kanlah benda2 yang mengakibatkan gosip ni..Apa perasaan anda? sakit hati pasal benda ni xbetul? Ya! Dan lebih lebih lagi dialah sebenarnya punca semua ni berlaku! Tapi jangan terus berdiam diri dengan perasaan yang bergelora. Cuba luahkan suara dalaman tetapi try controlkan muka anda dan suara anda dan jawaplah dengan ayat yang benar tetapi sangat tenang! cubalah juga menasihati mereka supaya kembali ke jalan yang benar. Susunlah ayat yang anda akan sampaikan menjadi kata-kata dakwah kepadanya.
(jawap dengan sinis dan pedas ye seolah-olah tusuk pedang yang tajam pada jiwanya yang hitam :P..geram juga dengan org macam ni)


Sumber >> Taman2Syurga

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


Memang sulit untuk menyuarakan apa yang hati kita rasa sebenarnya..Ya, hanis tau..
Mungkin, hanya dengan satu salah faham yang kecil, sahabat kamu terasa pedih dengan kata-kata anda. mulut laser la..Kebanyakan orang hanya sanggup berdiam diri saat kawan mereka tersakiti hati mereka. Mereka silap kerana berdiam diri..Amat silap..kononnya xmahu bergaduh, xmahu apa2lah yang merosakkan hubungan tu.. Tapi, tahukah anda, saat itulah saat bermulanya kehausan tali ikatan yang terjalin. Sepatutnya mereka berterus terang dengan segera sebagai peringatan tentang insurans mulut kawannya. Kreatifkan cara anda semasa beritahu tentang bibir merahnya.., (jangan dengan nada yang nak bergaduh)..

Ada juga kes yang tiba2 sahaja kawan anda marah-marah @ berlainan sikap drpd sebelumnya dengan anda.
Sah, there's something wrong going on here... 
Saat perkara yang hitam ini berlaku, rapatilah dirinya n try tanye apa yang berlaku...kalau@ kalaulah memang dia marahkan anda atas sebab2 yang apa2pun..cubalah kukuhkan kembali tali tersebut, suarakan apa yang anda fikir atau berterus terang tentang apa yang kamu rasa walau pahit sekalipun, beranikan diri berhadapan dengannya untuk meminta maaf tentang apa jua kesalahan yang dilakukan walau anda tidak tahu apakah kesalahan tersebut.

Andai kawan anda masih jua kekal dengan sikap dinginnya terhadap anda,..try lakukan perkara yang sama dengannya..jauh2 kanlah diri daripadanya, xguna berkawan dengan orang yang xnak kawan..huh!! hehe..xlah..gurau je...xbaek buat macam tu,,,hahaha

Buat macam tak ade ape2 yang berlaku, teruskan bersahabat dengannya. Bila bertembung senyumla kat dia, n kalau dia buat muka xheran, kita pun xheran jugak..alih senyuman kat tmpat lain (cover2) ..
ataupun buat cam xde ape2 yang berlaku antara kawan anda dan anda..macam ala-ala baru first time jumpe la..hihihi
Okay, serius balik..sambil tepuk -tepuk pipi  Senyumla kat dia kalau bertembung sebagaimana kita senyum kat kawan2 kita yang lain.. Senyum itu sedekah, anggapla bagi sedekah kat die kalau anda rasa sakit hati kalau die buat muuka xkenal pun..Dapat pahala bagi sedekah..haha..Buat macam biasa aja..jangan rasa sakit hati atau terluka dengan sikapnya. Mungkin ada hikmah di sebalik keadaan ini..Tapi anda sudah boleh berpuas hati kerana yang pasti anda sudah selesai dengan tugas anda atas nama seorang sahabat. Mungkin suatu hari nanti, sooner or later .. dia akan kembali berfikir tentang perbuatannya terhadap anda..atau apa yang anda buat trhadapnya..

Petikan drpd blog hidupuntukyangmahahidup

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.





Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

3 comments:

  1. bgi sy awk antara kawan y sejati y pnah hdir dlm idup sy cz byk ciri2 teman sejati y ada pade awk..10-u n cory 4 everything..huhu..

    ReplyDelete
  2. luahanhatiey..bangga ni..astaghfirullahalazim..riak2..
    hahaha welkum2 :) luahanhatiey pun sama juga.Trima kasih jugak kt awk..pada hari khamis ni sy menyusun sepuluh jari minta maaf ko awk 4 everything..0-0 :D pyh dh nk cri kawan yang betul2 kawan..harap ikatan kita tetap kukuh selama2nya..:D

    ReplyDelete
  3. terasa weh...aha..takpe2..kakakmu tetap yang baik..cece

    ReplyDelete